Directory Franchise World Food Franchises
2.9K
1
Ani Sup Utara
Little Cash (M) Sdn Bhd ditubuhkan pada 13 Jun 2005 dan telah didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). 
Little Cash (M) Sdn Bhd merupakan syarikat yang menguruskan 
rangkaian restoran Ani Sup Utara yang kini telah berjumlah lebih 25 buah restoran di seluruh Malaysia.

Restoran Ani Sup Utara memulakan operasi pada 01 Julai 2003 di Plaza Alam Sentral, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tulang belakang perniagaan pada ketika itu adalah pengasasnya sendiri iaitu Allahyarham Encik Hasanuddin bin Ibrahim dan Puan Rohani binti Abu.

Pada awalnya tidak ada cadangan untuk menambah cawangan restoran tetapi melihat kepada penerimaan pelanggan yang terlalu hebat, Encik Hasanuddin mencadangkan pada ketika itu untuk menambah cawangan dan menanam wawasan untuk membina satu rangkaian restoran melayu yang terbesar di Malaysia.

Melihat kepada prestasi syarikat yang semakin baik, Allahyarham Encik Hasanuddin telah mengambil keputusan untuk meletakkan Little Cash (M) Sdn Bhd sebagai syarikat pengurusan rangkaian restoran ini. Bermula dengan hanya sebuah pejabat kecil dan dapur yang kecil di restoran, kini Little Cash (M) Sdn Bhd mempunyai sebuah Pejabat Urusan dan Dapur Pusat yang berasingan daripada restoran yang terletak di TTDI Jaya, Shah Alam.

Sehingga hari ini, permintaan para usahawan daripada dalam dan luar negara untuk menjadi francais adalah amat tinggi. Dengan maklumat dan bantuan yang diperolehi daripada pihak Perbadanan Nasional Berhad (PNS) mengenai francais, kini Little Cash (M) Sdn Bhd berminat dan berusaha untuk menjadikan program francais Ani Sup Utara sebagai satu realiti.

Little Cash (M) Sdn Bhd mensasarkan untuk membuka sebanyak 100 buah restoran di seluruh Malaysia pada tahun 2014. Dengan sasaran yang sedemikian, Little Cash (M) Sdn Bhd telah mengemaskinikan struktur organisasi yang mantap supaya ianya menjadi kenyataan.
Menu :
  • Set Nasi
  • Sup Daging
  • Sup Perut
  • Sup Campur
  • Sup Ayam
  • Sup Paru
  • Sup Ayam Cendawan
  • Sup Burung Puyuh  
  • Sup Tulang
  • Sup Pipi
  • Sup Kambing  
  • Sup Ekor  
  • Sup Lidah
  • Sup Urat
  • Sup Keting
  • Sup Gearbox  
  • Sup Tulang Rusuk  
ข้อมูลรายละเอียด
ContactAni Sup Utara
Address
No. 7, Blok F,Jalan Saujana Indah 10, Kompleks SME Bank, Taman Perindustrian Saujana Indah, 40150 Shah Alam Selangor Darul Ehsan
Mobile+603 78425563
Fax.+603 78425564
E-mailinfo@anisuputara.com.my
Websitewww.anisuputara.com.my/
Information as 20 July 2020 
รายชื่อผู้สนใจแฟรนไชส์  Ani Sup Utara
ลำดับชื่อ-สกุลโทรE-mail
1. หนุ่มสาว วxxx +82 1xxx youngxxx
ข้อมูล รายละเอียด
Vote
Popularity
Results for 0 points
Visited 2,935 times
Prospect Customer 1 persons
Ani Sup Utara
Fill out receive special privileges!
Top Hit Franchise